Aduhai, semalam saya terkejut melihat kejadian yg sngt tidak masuk akal dilakukan oleh bn di perak. bagaimana dengan cara undang2 rimba mereka boleh melantik speaker baru... dan bagaimana polis yg sepatutnya profesional dan bebas boleh masuk kedalam dun... apakah polis lupa etika mereka.. bagaimana speaker yg berkuasa dlm dun boleh diseret keluar secara ganas dan paksa... aduhai malunya negara kita mempunyai parti yg mengamalkan cara pemerintahan rimba yg langsung tidak mengikut perlembagaan... Pada saya cara terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di perak adalah dngn diadakan pilihanraya dun... jika tidak susah sampai beribu polis terpaksa berkampung di perak, pastu ada perintah darurat di sekitar kawasan pejabat suk sampai sapa yg lalu disitu ditangkap... apakah kini umno & bn sudah bacul untuk berdepan dngn pilihanraya smp terpaksa guna cara ala zionis untuk memerintah di Perak??? berikut adalah kenyataan dari pakar undang-undang tentang kemelut di Perak..
Pakar Undang-undang bidas polis diguna untuk lengkapkan rampasan kuasa BN Posted by Skuad Dun Batu Caves
Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.
Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.
“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.
“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.
Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.
Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.
Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.
“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment