Tuesday, August 26, 2008

Anwar Menang Dengan Bergaya.....

Kul 6.45 petang td aku dpt sms dari kawan aku yg mengatakan anwar sedang mendahului semua peti undi, lebih kurang kul 7.15pm aku dah dpt keputusan tak rasmi yg mengatakan anwar menang dengan majoriti 16ribu. wow tak sangka walaupun diserang hebat serta sering diaibkan hampir setiap hr oleh semua media milik umno, anwar masih bleh mng besar... ternyata etika media kita expecially media berbahasa melayu amat memualkan... nampak sngt utusan malaysia dan buletin utama tv3 sngt memalukan....

Majoriti lebih 15,000 Anwar kembali MP Permatang Pauh
26-08-2008 11:24:24 PM
Oleh G. MANIMARAN

(Dikemas kini, pukul 2300) PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkempen menggunakan tema Merdekakan Rakyat dan moto "Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh" - kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan telah dipecat dari Umno dan kerajaan pada September 1998.

Minggu depan genap 10 tahun beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Selepas keputusan rasmi diumumkan, Pusat Operasi Utama PKR didendangkan dengan lagu "We Are The Champion". Bagaimanapun Anwar tiada di sini.

Dalam keputusan rasmi diumumkan sebentar tadi, Anwar yang mewakili PKR memperoleh 31,195 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 15,524 undi dan AKIM menerima 92 undi. Undi rosak pula 447.

Hanafi, yang juga Presiden AKIM, hilang wang pertaruhan. Berbanding dua calon itu, Hanafi yang turut dikenali sebagai Haji Pi tidak mengundi di Permatang Pauh.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya pada pukul 10.02 malam di Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Ketika berucap kepada ribuan penyokongnya selepas pengumuman keputusan itu, Anwar mengulangi hasratnya untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan yang baru di bawah Pakatan Rakyat dalam waktu terdekat.

Dipetik Bernama, beliau yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat memberitahu, keputusan pilihan raya kali ini merupakan isyarat awal ke arah mencapai matlamat tersebut.

Dalam reaksi segera, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai jentera BN sepanjang pilihan raya kecil ini berkata, kemenangan Anwar membuktikan amalan demokrasi masih segar di negara ini.

Bahagian Permatang Pauh terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Seberang Jaya, Penanti dan Permatang Pasir.

Kini ADUN Seberang Jaya ialah Arif Shah manakala Penanti diwakili pemimpin PKR dan Permatang Pasir pula wakil PAS.

Di Seberang Jaya, Anwar memperoleh 11,084 undi, Arif Shah (6,345) dan Hanafi (36) manakala Penanti menyumbangkan Anwar sebanyak 8,054 undi, Arif Shah (4,229) dan Hanafi (27).

Di bahagian DUN Permatang Pasir, Anwar mendapat 12,034 undi, Arif Shah (4,381) dan Hanafi (26).

mStar Online difahamkan Anwar telah menang di kesemua 28 daerah mengundi.

Undi mula dikira sebaik sahaja proses pengundian ditutup pukul 5 petang.

Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PKR khususnya Pakatan Rakyat telah meraikan kemenangan Anwar sejak pukul 6 petang tadi.

Keputusan tidak rasmi kemenangan Anwar telah diumumkan bermula pukul 6.30 petang di Pusat Operasi Utama PKR di Yayasan Aman, Penanti di sini.

Anwar yang berada di Yayasan Aman sejak petang tadi meninggalkan premis ini ke Institut Perguruan Tuanku Bainun pukul 9.10 malam.

Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.

Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.

Kali ini peratusan keluar mengundi ialah 81 peratus.

Pada pilihan raya umum Mac lalu, 82.06 peratus daripada 58,449 pengundi keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil ini, Arif Shah, 51, menghadapi tentangan Anwar, 61, dan calon AKIM, Hanafi, 61.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Parlimennya, Presiden PKR, Dr. Wan Azizah pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding di kawasan itu.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, Dr. Wan Azizah mengalahkan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi.

Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihan raya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Sunday, August 24, 2008

lagi gambar dari Mekah

terkini dari mekkah!!

Berita disusun oleh: mohd razali




beberapa keping gambar terbaru unillys di mekah telah saya terima sebentar tadi... gambar gambar tersebut diambil ketika jemaahunilly's melawat ladang unta disana....

Saturday, August 23, 2008

Terkini Dari Mekah....

gambar terkini dari mekah...

Berita disusun oleh: mohd razali


(gambar terbaru.. hari ini 23/08 /08)


menunggu azan maghrib berkumandang!









(gambar terbaru.. hari ini 23/08 /08)

satu majlis doa selamat untuk warga unillys kita yang kurang sihat iaitu sdr zulkifli (batu caves), sdr faiz (anak kadir shah alam) ,pn jaurah (kuang), dan mahathir (anak brahim ka banting) diadakan yang diketuai oleh sdr faruk, menurut sdr rahim "kami berasa sedih dengan masalah kesihatan mereka dan kami tidak putus putus mendoakan kesihatan mereka. semoga Allah melindungi mereka.. tidak lupa juga tahlil arwah pada yang meninggalkan kita terlebih dulu..."

dari kiri: sdr sulaiman (BRP) (tarlindung), helmi, sdr sulaiman (bbs) ,sdr ali, sdr yusof , sdr faruk dan sdr rahim







di hadapan masjid nabawi...
dari kiri: helmi , sdr rahim , sdr faruk ,sdr ali






















sedang berehat setelah selesai beribadat














di madinah















sedang membaca Quran















posing terbaik unillys!!!!!
srd rahim bersama anak anaknya.. helmi dan faris









faris sedang membotakkan kepala
















sdr faruk sedang khusyuk bertasbih...

Sumber dari www.unilly.blogspot.com

Thursday, August 21, 2008

Komen Pakar tentang P/Raya kecil Permatang Pauh

Semakin kuat Anwar diserang, semakin bertambah sokongan untuknya

Zulkifli Yahaya
Thu | Aug 21, 08 | 3:27:37 pm MYT

Sementara keputusan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh belum diumumkan, eloklah seluruh rakyat Malaysia meneliti bagaimana persembahan media arus perdana di negara ini sejak Dato' Seri Wan Azizah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen pada 2 Ogos lalu.





Tujuannya ialah supaya, mana-mana pihak yang ingin melakukan 'post mortem' terhadap Pilihanraya Kecil Permatang Pauh nanti dapat membuat cerapan yang tepat terhadap keputusan yang dibuat oleh rakyat. Mereka dapat menyaksikan secara langsung sekarang, bukan selepas pilihanraya.

Sejak Wan Azizah melepaskan kerusi Parlimen, belum ada satu hari berlalu di mana Dato' Seri Anwar tidak diserang secara peribadi. Bahkan serangan terhadap Anwar melebihi dari serangan terhadap pihak pembangkang sendiri.

Sewaktu Anwar membayangkan akan bertanding kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu, beliau dikecam kerana kononnya ingin menambahkan bilangan ahli keluarganya yang menjadi ahli Parlimen.

"Anaknya Nurul Izzah di Lembah Pantai, isterinya Wan Azizah di Permatang Pauh dan sekarang Anwar pula di Kulim Bandar Baharu. Mereka nak jadikan PKR sebagai parti milik kelurga," ujar seorang pemimpin Umno.

ImageTiba-tiba Anwar pilh Permatang Pauh. Pun tak betul juga. Kononnya Wan Azizah permainkan mandat rakyat, Anwar pilih kerusi selamat dan itu simbol kasih sayang isteri kepada seorang isteri.

Semua komen berbentuk peribadi itu datangnya dari pemimpin utama BN. Antaranya Dato' Seri Najib, Dato� Hishamudin Tun Hussein, Syed Hamid Albar, Shahrizat Jalil, Khairy Jamaludin dan lain-lain. Semua komen yang mereka berikan tidak memberi kesan apa-apa terhadap politik Anwar. Ia cuma menyakitkan hati rakyat.

Sehari sebelum penamaan calon, dunia digemparkan dengan sumpah Saiful Bukhari. Ia dijawab dengan kehadiran 100,000 orang mengiringi Anwar di hari penamaan calon. Umno lebih terkejut kerana yang hadir mengiringi Anwar ialah seorang ulamak besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sukar untuk difikirkan apa jenis manusia yang bernama Anwar ini, semakin diserang dan ditelanjangi maka semakin kuat pula sokongan untuknya.

ImageKata Tun Dr Mahathir, Anwar kalau bersalah macam mana pun seluruh dunia akan percaya cakapnya kemudian. Cakap bekas Perdana Menteri itu celupar dan irihati. Tapi itu pengalaman benar yang dilaluinya.

Orang ramai lebih percayakan Anwar dari Dr Mahathir, Abdullah dan Najib.

Dr Mahathir ikhlas dalam komennya bahawa BN tidak mungkin mengalahkan Anwar dalam pilihanraya kecil ini. Dia lebih perit berhadapan dengan Anwar sehingga menjadi hina di kalangan rakyat.

Image Merdeka Centre yang terkenal dengan analisis politik berasaskan kajiselidik. Mereka telah mendedahkan bagaimana pihak pembangkang mendapat peningkatan sokongan di saat-saat akhir menjelang hari mengundi selepas Anwar diserang.

Sekarang jika BN memilih untuk membelasah Anwar habis-habisan, mereka sudah boleh menduga apa yang perlu diisi dalam post mortem selepas kelahan mereka dalam pilihanraya kecil nanti. Tentulah antara sebab utamanya ialah kerana menyerang Anwar secara peribadi dan keterlaluan.

Tapi apa pilihan yang ada pada BN jika tidak menyerang Anwar? Hakikatnya pilihanraya kecil ini bukanlah untuk memilih seorang wakil rakyat sama ada dari Pakatan Rakyat atau BN.

Tetapi lebih kepada, untuk menghantar Anwar Ibrahim ke Parlimen bagi melaksanakan misi nasionalnya manakala di pihak BN pula, ialah untuk menggagalkan usaha tersebut.

Jika BN menyerang peribadi Anwar, mereka kalah undi. Jika BN tidak serang Anwar, mereka akan kalah moral dan undi pun belum tentu. Tentulah pilihannya menang moral. Biar kalah tapi hati puas.

Sehingga rencana ini ditulis, belum terdapat satu analisa dari mana-mana pihak yang memberi kemenangan kepada calon BN, sekalipun dari Bilik Gerakan BN sendiri.

Sebuah akhbar harian yang melakukan pungutan pendapat dari pengundi mendapati sokongan terhadap Anwar dan BN ialah 80:20!

Kita berharap angka analisis mereka tidak berubah hingga ke saat akhir. - mr_

Wednesday, August 20, 2008

perkembangan anak-anakku

alhamdulillah, anak-anaku sihat walawiat. Afrina kini bertambah aggresif setelah sudah mula berjalan tanpa sebarang bantuan.kini aku & farah kena sentiasa mengawasinya kerana terlalu pantas bergerak, malah sentiasa mahu panjat-memanjat. Aqil Qayyum pula kami sudah alihkan tempat tidurnya dari tepi ke tengah kerana sudah mula meniarap diawal usia 2 bulan. nampaknya masaku amat singkat sekarang ni kerana anak2 sedang membesar dan sering perlukan pengawasan.....

lagi terkini dari mekah

terkini dari mekkah!!

Berita disusun oleh: mohd razali


(kemaskini 12:00 am 20/08/08)

sebentar tadi saya dihubungi sdr Rahim yang berbicara mengenai aktiviti mereka di mekkah.menurutnya dalam perjlanan mereka dari madinah ke mekah bas mereka menghadapi masalah dan perjalan tertangguh selama 2 jam. namun begitu mereka perjalanan disambung selepas masalah diselesaikan. tambahnya lagi mereka telah melakukan 2 umrah dan bercadang untuk melakukannya lagi esok.. "semua disini sihat walafiat.. cuma saya je demam sikit ketika ini mengkin kerana perubahan cuaca" semua jemaah lelaki unilly telahpun membotakan kepala mereka hari ini...

sementara itu sdr rahim memberitahu satu tahlil arwah untuk warga unilly's yang telah meninggalkan kita telah diadakan dimasjid nabawi hari ini... sumber dari blog www.unilly.blogspot.com

Salam dari mak di Mekah

pagi tadi mak call aku dari mekah, katanya beliau sudah habis membuat 1 umrah.. dan ada banyak tempat untuk ziarah selepas ini. Kesihatan mak alhamdulillah, cuma katanya ada sehari tu kaki sakit sngt psl bnyk jalan. mak juga sampaikan salam kepada semua di sini...

Tuesday, August 19, 2008

Terkini Dari Mekah....

terkini dari mekkah!!

Berita disusun oleh: mohd razali


(kemaskini 2:05am 19/08/08)

sebentar tadi saya menerima panggilan dari ibu saya di mekah. Jemaah unilly's kini berada di Mekkah dan semuanya berada dalam keadaan yang sihat.. mereka hari ini selesai mengerjakan 1 umrah dan esok mereka dijadualkan untuk melawati beberapa kawasan kawasan menarik disana dan pada hari khamis pula acara bebas.


sementara itu sdr Rahim yang dihubungi berkata beliau sedikit kecewa kerana pasukan kita tidak melangkah ke pusingan seterusnya namun memuji pasukan muda kita kerana berjaya membuat 'comeback' setelah aksi yang kurang meyakinkan pada kejohanan kimma lalu. beliau berharap kekuatan dan semangat akan terus dipertingkatkan dari masa kesemasa... beliau juga mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan unillys .f.c yang akan bertarung pada kejohanan antara juara di bangsar malam ini.!

(beberapa keping gambar terbaru dari sana masih dalam proses penghantaran ... insyaAllah saya akan update selepas saya menerima gambar tersebut..) - sumber dari www.unilly.blogspot.com


Sunday, August 17, 2008

Khabar dari Madinah

Khabar dari Madinah!

Berita disusun oleh: mohd razali





Alhamdulillah... jemaah uNiLLy's yang ke umrah selamat tiba di madinah dan mereka dijangka akan berangkat ke mekah pada 8:00 malam waktu malaysia hari ini (ahad). beberapa keping gambar yang sempat dikirim oleh sdr Rahim melalui sistem mms kepada saya. Katanya "semua jemaah yang mengikuti umrah berada dalam keadaan yang sihat.. dan segalanya terurus disini!" ...tambahnya "insyaAllah kami akan kemekah pada 8:00 malam waktu malaysia hari ini (ahad).. sumber dari www.unilly.blogspot.com

Saturday, August 16, 2008

Komen terhadap sumpah saiful terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim

semalam saiful bersumpah di masjid wilayah mengatakan beliau diliwat oleh anwar pada 26/6/2008 dan beliau mengatakan beliau menbuat laporan polis pada 28 jun.... padaku kenyataan ini nampak sgt berunsur politik. yg sedihnya memainkan kesucian Al-Quran serta Masjid. sesiapa yg mengikuti perkembangan tentang kes ini mesti pelik dngn beberapa kenyataan yg bercanggah sesama mereka.. antara percanggahan yg sangat ketara adalah:-

1) anwar dituduh di bawah seksyen 377b yg mengatakan tuduhan atas kerelaa bersama, tapi semalam saiful mengatakan dia diliwat tanpa rela.

2) semua mesti ingt najib tun razak ada mengatakan bahawa beliau tdk terlibat dlm konspirasi terhadap anwar, malah dia mengatakan gbr saiful bersama pegawainya di pejabat kementerian pertahanan adalah diatas sebab saiful ingin memohon biasiswa, pelik kan sesiapa yg gagal dlm pengajian boleh terus ke pejabat menteri pertahanan utk mendapatkan biasiswa. lg pelik ketika org itu sedang bekerja dgn anwar ibrahim...

3) keesokan harinya najib membuat kenyataan berbeza mengatakan yg saiful ada dtg berjumpanya di kediamannya 3 hari sebelum beliau membuat laporan polis.beliau mengatakan saiful datang untuk mengadu diliwat anwar... wah kenyaatan berbelit najib ini jelas menunjukkan beliau terlibat dlm konspirasi ini.. yelah mula2 kata jmp utk biasiswa, lps tu kata jmp utk mengadu selepas ada saksi mengatakan saiful ada ke rumah najib. kat sini yg sgt peliknya kalau 3 hari sebelum saiful buat laporan polis, bermakna hari saiful mengadu pada najib adalah pd 25 jun, tetapi dlm sumpah saiful beliau mengatakan beliau diliwat 26 jun. jadi saiful jmp najib adu dia diliwat anwar pd 26 jun pada 25 jun... pelik tak??? saya rasa anda bole semak arkib buletin utama tv3 untuk dptkan kepastian tentang percanggahan ini.

4) Dr. hospital pusrawi yg memeriksa saiful sblm dia membuat laporan polis mengesahkan melalui pemeriksaannya tiada sebarang kesan yg menunjukkan saiful diliwat. dr itu kini sedang bercuti dan telah membuat akuan bersumpah tentang kesahihan laporannya dan mengatakan ada polis yg memintanya untuk mengubah laporannya.

5) sumpah yg dibuat oleh saiful sehari sblm penamaan calon, ini jelas menunjukkan ada unsur politik dlm kes ini....

berikut adalah kenyataan anwar, Tuan guru Hadi awang serta Ustad Harun din....

Jangan Mempermainkan agama - Anwar Ibrahim

Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik UMNO dan mempermainkan al-Quran dan agama?

Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?

Perkara ini telah dirujuk ka Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam. Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak samasekali kemungkinan ianya berlaku. Dalam masa yang sama, Saiful masih dalam kawalan polis!

Percanggahannya banyak sekali: Isunya samada rela atau dipaksa? Penglibatan Dato Najib, Rosmah, Polis tidak dijawab! Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik UMNO dan pilihan raya kecil.

Pada tahun 1998 Sukma dan Munawar juga bersumpah dimahkamah tetapi menarik kembali sejurus 3 bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya.

ANWAR IBRAHIM


Mengapa disaat Pilihanraya kecil - Ustad Harun Din

IPOH: 16 Ogos (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din mempersoalkan sumpah yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan semalam yang dibuat di hadapan seorang imam kerana sebagai orang yang mendakwa ianya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful sepatutnya mengemukakan empat orang saksi bagi mensabitkan perbuatan itu, bukannya bersumpah di dalam masjid.
"Kemukakan empat orang saksi di Mahkamah Syariah, jika tidak dapat mengemukakan empat saksi, dakwaannya itu tidak benar dan ia wajar dihukum 80 kali rotan, bukannya bersumpah di dalam masjid."

"Saya dengar lafaz sumpahnya tadi apabila menonton televisyen berita jam 8.00 malam, akhir sumpah itu disebut " Watangallahhu', mana ada `watangallahu', inilah Islam Hadhari" jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sumpah yang dilakukan oleh Saiful di dalam Masjid Wilayah Persekutuan semalam di majlis foram perdana sempena Muktamar PAS kali ke 54 di perkarangan Stadium Indera Mulia, malam tadi.

Kira kira lebih 5,000 membanjiri perkarangan Stadium Indera Mulia untuk menyaksikan foram perdana yang dibarisi tiga ahli panel, Datuk Dr. Harun Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimnen Baling, Ustaz Taib Azamuddin. Forum perdana tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki.

"Persoalannya kenapa di saat hari percalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru Saiful buat sumpah, kenapa tidak dahulu lagi?

"Apabila ianya dilakukan pada saat hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh, ianya dilihat sesuatu yang `ada yang tidak kena', agar sukar untuk kita katakan ianya tidak ada konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan karier politik orang yang dituduh (Anwar Ibrahim), katanya.

Beliau kesal dengan apa yang berlaku pada hari ini apabila keaiban seseorang itu didedahkan kepada umum, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

"Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah, kemukakan empat orang saksi, bukannya menghebahkan ke serata dunia dengan membuat sumpah di masjid."

Menurut beliau orang yang kena tuduh, ia boleh mengemukakan hujahnya melalui peguam di Mahkamah Syariah, umpamanya sebagai contoh tarikh kejadian itu berlaku tidak betul, atau pun bangunan tempat kejadian itu belum wujud lagi.

Selepas itu, kalau yang dituduh itu tidak mampu mengemukakan bukti menyanggah dakwaan itu, barulah yang kena tuduh itu boleh membuat sumpah di hadapan hakim di Mahkamah Syariah, bukannya yang menuduh buat sumpah dalam masjid, jelasnya.

Beliau mengambil contoh apa yang berlaku terhadap isteri Nabi Muhamad S.A.W, Saidatina Aisyah dituduh melakukan hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Safuan, apabila tersebarnya berita itu di Madinah.

Selama 30 hari Nabi Muhamad tertekan dengan tersebarnmya berita itu, sehingga hampir Nabi Muhammad menceraikan Aisyah sehinggalah Malaikat Jibil turun membawa Wahyu Allah bahawa Aisyah itu bersih dari tuduhan.

"Nabi Muhamad S.A.W tidak pula Aisyah bersumpah atau meminta Safuan bersumpah," katanya.



Sumpah Saiful Tindakan Bodoh - Tuan Guru Hadi Awang

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.

“Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.

Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina.

Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.

Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.

Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.

Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik.

“Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon.

“Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah.

“Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

“Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar.

Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin.

“Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada,” ujarnya lagi.

Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.

“Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya.

Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.

Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.-


Friday, August 15, 2008

Terkini mengenai Unilly ke Mekah

sebentar tadi sdr abd rahim menghubungi saya dari Dhaka melaporkan mereka telah tiba di Dhaka, bangladesh lebih kurang jam 12:00 waktu malaysia dan baru sahaja kaunter'boarding' dibuka semula... mungkin dalam satu jam lagi mereka akan terus berlepas ke madinah dan dijangka tiba disana lebih kurang 7:00 malam ini waktu malaysia. Khabarnya diDhaka juga pesawat 'delayed' lagi sebab tu lewat nak berlepas ke madinah.... apa pun kita doakan semoga mereka tiba di madinah dengan selamat...amin! - suber dari blog www.unilly.blogspot.com

Mak bertolak mengerjakan 'UMRAH'











ptg smlm kami sekeluarga serta bapuka&amai kesuma & keluarga mentuaku pergi ke KLIA untuk menghantar mak yg akan ke madinah. kami smp di KLIA kul 5pm. disana ramai saudara lain yg bakal mengerjakan umrah sudah tiba bersama ahli keluarga masing2. lebih kurang kul 6.30 pm barulah mak dan kumpulan umrah uniammu check in... kumpulan ini diketuai oleh Rahim ka......

Friday, August 8, 2008

Mak bakal mengerjakan "UMRAH'


Pada 14hb Ogos 2008 bersamaan 12 Syahban 1429 mak akan bertolak dari klia untuk mengerjakan umrah. Mak mengikuti group keluarga Uniammu yg diketuai Rahim Ka Ipoh. rombongan ini disertai seramai 15 org. Abg mak Suleimanka & Amai turut menyertai rombongan ini. sebelum ke Madinah, mereka akan transit di bangladesh sehari. semoga perjalanan mak disana diberkatiNya dan segala doa2 mak disana makbul.

Thursday, August 7, 2008

Kenyataan Dato Seri Anwar setelah didakwa

Sekitar jam 10 pagi hari Khamis 7hb Ogos 2008, saya akan ke Mahkamah Majistret Jalan Duta untuk mendengar pertuduhan ke atas jenayah yang tidak saya lakukan. Sebagaimana yang saya tegaskan di dalam kenyataan semalam, penjenayah sebenar yang terdiri dari apparatchik pemerintah berusaha untuk memalukan diri serta keluarga saya, dan sudah tentu matlamat utamanya, adalah untuk menggagalkan aspirasi rakyat.
Adakah sebegini miskin penjenayah-penjenayah ini? Tidakkah mereka merasai getaran perubahan ini? Ianya adalah tuntutan hasrat hati rakyat seluruhnya yang mahu institusi kenegaraan dipulihkan, kemakmuran dikecapi dan martabat negara kembali dijulang. Perubahan yang kita tuntut tidak pernah menjadi agenda milik peribadi. Ianya milik semua.
Propaganda dan plot yang direncana oleh elit pemerintah terutamanya di kalangan yang dekat dengan Perdana Menteri sememangnya tidak bertanggungjawab. Kerakusan serta ketamakan mereka kepada kuasa, membuatkan mereka sanggup untuk menodai institusi-institusi kenegaraan dan demokrasi di negara ini. Ini membuktikan mereka sedang menghadapi krisis moral dan keyakinan.
Mampukah mereka menahan Perubahan? Saya yakin tidak! Perubahan mesti terus mara. Biar Permatang Pauh menjadi saksi bahawa kita pasti mampu mencipta Malaysia yang adil, makmur dan aman.
ANWAR IBRAHIM

Tuesday, August 5, 2008

Riadah bersama keluarga di The Mines











Hujung minggu lepas aku membawa isteri & anak-anak ke the mines di serdang. mulanya kami bercadang ke mines wonderland, tapi tmpt tu dibuka pada kul 5.30 ptg dikala kami smp sana waktu tgh hari... agak puas juga kerana anakku afrina agak excited, disamping Qayyum yg sentiasa terbeliak melihat dunia baru...