Tuesday, December 30, 2008

Jemputan ke Majlis Tahlil Arwah Mama


Assalamualaikum, disini aku mewakili keluarga bapaku ingin menjemput semua ke majlis Tahlil hari ke 40 buat Arwah Mama (Isaw bte Ali)



Tarikh : 4 Muharram 1430h bersamaan 1 Januari 2009 (Khamis)

Tempat : Surau Malabar Selayang

Masa : 11.30 pagi



Semoga Allah s.w.t memberkati majlis ini.






Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah semalam merupakan thn baru bagi kalendar Hijrah. semoga thn 1430 ini akan membawa kita kepada keberkatan oleh Allah S.W.T. dikesempatan ini aku mengucapkan salam maal hijrah kepada semua yg mengenali diriku.. semoga kita akan lebih berjaya di thn baru ini... begitu juga azam aku untuk menjadi lebih baik dr thn sblm ini dari semua segi. aku juga berharap solatku pd thn ini akan complete, anak2ku sihat & cerdas disamping Isteriku success dlm pelajaran.. begitu juga rezeki ku diharap lebih lumayan serta diberkati olehNya. Begitu juga buat kedua ibubapaku semoga thn baru ini penuh dengan keberkatan buat kami seluruh keluarga...

amin

Monday, December 29, 2008

Happy Birthday Shamirah


Hari ni 29 December anak buah aku yg pertama, Shamirah genap berusia 12 thn. Happy birthday buat shamirah yg kini ke alam remaja. semoga maju dlm pelajaran & success dlm alam yg baru. tp sayang ketika kami bercadang untuk menyambut b'day shamirah di KFC, dia pula sakit perut & kini berada di wad HKL. semoga cpt sembuh supaya kita dpt meraikan majlis harijadi w'pun tertangguh...

Saturday, December 27, 2008

Sukaneka & Malam Kebudayaan Unilly

sukaneka dan malam kebudayaan uNiLLy's berlangsung dengan jayanya...

Berita disusun oleh: mohd razali sumber dari www.unilly.blogspot.com

sukaneka dan malam kebudayaan uNiLLy's berlangsung dengan jayanya pada 25 disember lalu dengan kehadiran lebih 200 warga uNiLLy's dan tetamu jemputan yang turut hadir memberi sokongan. lebih kurang jam 8:00 pagi para jemputan mula tiba di dewan sekolah cina selayang baru dan menjamah sarapan yang disediakan oleh RESTORAN NAJATH taman ehsan.

pendaftaran untuk sukan juga rancak dijalankan ketika itu. program sukaneka dimulakan lebih kurang jam 10:00 pagi dengan pertandingan mewarna bagi kanak kanak dan pelbagai sukaneka dijalankan serentak diantaranya dart , memancing dalam botol , terompah gergasi , Chess, kerusi berirama dan banyak lagi. lebih kurang jam 1:30 ptg makanan tengahari tiba yang disediakan oleh RESTORAN DE MAJU batu caves.

permainan diteruskan pada sebelah t/hari selepas menjamah makanandengan beberapa permainan yang mencabar diantaranya tebar roti canai , bola keranjang yang turut menyaksikan aksi aksi menarik dari para peserta yang begitu bersemangat untuk mencapai sesuatu untuk pasukan mereka! hahaha...

pada lebih kurang jam 5:00 petang segala program yang dirancang telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya oleh para ajk yang ditugaskan yang bertungkus lumus memastikan segalanya berjalan lancar.. Syabas buat semua yang terlibat.. para hadirin mula beredar untuk bersiap kembalike dewan untuk program seterusnya pada sebelah malam.

Walaupun hujan turun dengan begitu lebat pada jam 7:00 malam namun ianya sedikitpun tidak menghalang warga uNiLLy's hadir. dewan mula dipenuhi sekitar jam 8:00 malam dengan turut dihadiri oleh beberapa pimpinan malbari dari beberapa NGO ,wakil persatuan , dan surau malabar yang turut tidak mahu ketinggalan turut serta bersama warga uNiLLy's.

program terpaksa dimulakan lewat seperti dirancang kerana cuaca hujan yang menyebabkan ada dikalangan warga uNiLLy's lewat tiba ke dewan. pada jam 9:00 malam program dimulakan dengan bacaan doa dari sdr Halim diikuti ucapan dari Wakil keluarga uNiLLy's iaitu sdr Abu bakar dari desa jaya diikuti para tetamu yang hadir memulakan makan malam yang disediakan khas oleh RESTORAN ABDULLAH jln sg tua

program diteruskan dengan persembahan menarik dari kanak kanak uNiLLy's yang membuat persembahan lengkap dengan pakaian tradisional malbari yang dihasilkan oleh pn Hasiah dari taman selayang. persembahan pertama dari oppana penkuttikal yang di koreografikan oleh Shahbina dari shah alam dengan lagu mehruba mehruba. Satu persembahan yang cukup bertenaga dan baik dari mereka yang mengingatkan kita pada suasana tridisi malbari yang sudah kurang diikuti oleh generasi sekarang.
selepas itu kumpulan tersebut melakukan kejutan dengan membuat satu persembahan dikir barat yang menggabungkan rap , dikir barat (tradisi melayu) dengan pakaian tradisional malbari yang menyaksikan pembahruan dalam cara persembahan mereka.. tahniah buat guru mereka shahbina yang bekerja keras sepanjang latihan dijalankan begitu jugan dengan anak anak kecil yang begitu bersemangat itu.

program seterusnya adalah persembahan kolkali dari belia uNiLLy's yang membawakan lagu suralooga . persembahan yang dikereografikan oleh 3 belia uNiLLy's yang berbakat iaitu sdr Najib , sdr Zahir dan sdr Nasir yang turut dibantu oleh rakan rakan yang lain. satu persembahan yang menarik ditonjolkan oleh mereka. walaupun mereka ini dilatih pada beberapa hari sebelum hari program ini tetapi persembahan ternyata tidak mengecewakan dan hebat. mereka yang tampil dengan pakaian malbari ala ala 60an itu begitu bersemangat dan menjiwai tarian mereka! tahniah buat ketiga - tiga guru mereka dan juga mereka yang terlibat dalam menghasilkan tarian ini.

program seterusnya adalah dari kanak kanak perempuan yang membawakan lagu berbentuk oppana tampil dengan pakaian yang begitu menarik bersama 'pengantin' mereka. persembahan ini pula dikereografikan oleh sdr salim ipoh dan juga pn Laila (basir) .persembahan yang disampaikan oleh kanak kanak ini juga begitu memukau para hadirin yang hadir. jelas usaha para guru-guru tarian uNiLLy's yang bekerja keras tidak mengecewakan. persembahan yang ditunjukkan oleh kanak kanak ini menunjukkan betapa mereka masih menyayangi tradisi malbari yang semakin berkurangan dikalangan kita ketika ini. tahniah buat semua yang terlibat dalam menghasilkan ketiga-tiga persembahan ini.

kejutan berterusan buat para hadirin apabila satu persembahan menarik dari sdr Aidaros dan para belia uNiLLy's yang membuat para hadirin begitu terpukau dengan kebolehan dan keberanian beliau untuk tampil menyampaikan lagu faasilah dalam bentuk minus one
pujian harus diberikan pada beliau dan para belia yang menunjukkan satu persembahan luar jangkaan.!! tahniah buat para guru-guru mereka sdr Najib , sdr Zahir dan sdr Nasir dan pada semua yang terlibat menghasilkan tarian ini. persembahan ini juga mendapat tajaan Hamper istimewa dari SHAKIR BAKERYS dari banting yang begitu tertarik dengan persembahan sdr Aidaros yang turut menerima bunga ketika persembahan berlangsung dari pemilik SHAKIR BAKERYS iaitu sdr Ibrahim. Katanya beliau cukup mengagumi idolanya itu...

kejutan seterusnya buat semua apabila tayangan slide show bermula tidak sampai 5 minit selepas tayangan bermula seluruh kawasan selayang black out dan dewan sekolah cina ini turut menerima penangan tersebut apabila bergelap hampir satu jam. namun usaha yang dilakukan oleh para ajk bertugas harus diberi pujian yang menggunakan lampu kereta untuk meneruskan majlis... hahahah dan terpaksa terpekik tanpa sebarang pembesar suara. dalam pada itu penyampaian hadiah, cabutan bertuah dijalankan dan anugerah juga pelajar terbaik UPSR .
selepas keadaan pulih tayangan slide show diterus kan .. namun sekali lagi masalah berlaku apabila dipertengahan tayangan tersebut video tersebut tidak bergerak bengan lancar akibat masalah teknikal yang menyaksikantayangan tersebut terpaksa dihentikan dan cabutan bertuah disambung semula

tepat jam 12:00 program telah tamat dan para hadirin mula meninggalkan dewan. kepada para hadirin di harap anda berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh kami untuk anda demi memastikan perpaduan dikalangan warga uNiLLy's tetap utuh dan padu walaupun kami sedikit kecewa dengan gangguan gangguan yang berlaku namun ianya tidak meruntuhkan semangat kami selaku ajk majlis. InsyaAllah pada program akan datang kami akan memastikan satu program yang lebih hebat dan terbaik..

kepada para dermawan dan penyumbang dari segi wang ringgit , makanan , hadiah , hampers dan apa jua bentuk sumbangan semoga Allah terus memurahkan rezeki anda semua...
kepada para petugas dari awal pagi sehingga lewat malam tidak lupa juga para petugas yang bertanggunjawab untuk membuat dan menyampaikan persembahan.. dan pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.. anda HEBAT!! tahniah

Friday, December 26, 2008

28 Zulhijjah

Hari ini 28 Zulhijjah 1429, genap 3 thn ulangtahun pernikahan aku mengikut kalendar hijrah. Alhamdulillah setelah 3 thn aku kini bergelar bapa kepada 2 org anak. semoga perkahwinan ini sentiasa kekal bahagia. Terima kasih buat isteriku Farah Azlin kerana menjadi isteri yg hebat buatku..... bersama ini aku attached kenangan perkahwinan kami bermula pernikahan pd 28 zulhijjah 1429, persandingan di rumah farah serta persandingan di belah aku di dewan putrajaya...