Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijrah

Dikesempatan ini aku Ucapkan kepada semua umat Islam "Salam Tahun Baru Hijrah 1431" Semoga thn baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya... Kepada semua jangan lupa esok sebelum maghrib baca doa akhir tahun dan selepas maghrib doa awal tahun...

DoA AWAL TAHUN



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


DoA AKHIR TAHUN


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, December 1, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan Yahya


Adikku Yahya bakal mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihannya yg berasal dari Alor Setar, Kepada semua yg mengenali diriku dijemput ke majlis recepsi kami :-

Tarikh :- 13 Disember 2009 (Ahad) Masa :- 12 tgh hingga 4 petang Tempat :- Dewan Komuniti Presint 8, Putrajaya.

Kami juga bakal mengadakan majlis doa selamat & tahlil pada 2 Disember 2009 (Rabu) pada pukul 7.30mlm di kediaman keluarga kami di kajang.... majlis akad nikah pula pada 4 Disember 2009 (jumaat) di Alor Setar pada pukul 4.30 petang. majlis bersanding pihak perempuan pula pada 5 Disember 2009 (Sabtu) juga di alor setar. kepada semua yg ingin turut serta dlm majlis kami diminta hubungi saya untuk keterangan lanjut berkenaan konvoi ke alor setar....