Saturday, August 16, 2008

Komen terhadap sumpah saiful terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim

semalam saiful bersumpah di masjid wilayah mengatakan beliau diliwat oleh anwar pada 26/6/2008 dan beliau mengatakan beliau menbuat laporan polis pada 28 jun.... padaku kenyataan ini nampak sgt berunsur politik. yg sedihnya memainkan kesucian Al-Quran serta Masjid. sesiapa yg mengikuti perkembangan tentang kes ini mesti pelik dngn beberapa kenyataan yg bercanggah sesama mereka.. antara percanggahan yg sangat ketara adalah:-

1) anwar dituduh di bawah seksyen 377b yg mengatakan tuduhan atas kerelaa bersama, tapi semalam saiful mengatakan dia diliwat tanpa rela.

2) semua mesti ingt najib tun razak ada mengatakan bahawa beliau tdk terlibat dlm konspirasi terhadap anwar, malah dia mengatakan gbr saiful bersama pegawainya di pejabat kementerian pertahanan adalah diatas sebab saiful ingin memohon biasiswa, pelik kan sesiapa yg gagal dlm pengajian boleh terus ke pejabat menteri pertahanan utk mendapatkan biasiswa. lg pelik ketika org itu sedang bekerja dgn anwar ibrahim...

3) keesokan harinya najib membuat kenyataan berbeza mengatakan yg saiful ada dtg berjumpanya di kediamannya 3 hari sebelum beliau membuat laporan polis.beliau mengatakan saiful datang untuk mengadu diliwat anwar... wah kenyaatan berbelit najib ini jelas menunjukkan beliau terlibat dlm konspirasi ini.. yelah mula2 kata jmp utk biasiswa, lps tu kata jmp utk mengadu selepas ada saksi mengatakan saiful ada ke rumah najib. kat sini yg sgt peliknya kalau 3 hari sebelum saiful buat laporan polis, bermakna hari saiful mengadu pada najib adalah pd 25 jun, tetapi dlm sumpah saiful beliau mengatakan beliau diliwat 26 jun. jadi saiful jmp najib adu dia diliwat anwar pd 26 jun pada 25 jun... pelik tak??? saya rasa anda bole semak arkib buletin utama tv3 untuk dptkan kepastian tentang percanggahan ini.

4) Dr. hospital pusrawi yg memeriksa saiful sblm dia membuat laporan polis mengesahkan melalui pemeriksaannya tiada sebarang kesan yg menunjukkan saiful diliwat. dr itu kini sedang bercuti dan telah membuat akuan bersumpah tentang kesahihan laporannya dan mengatakan ada polis yg memintanya untuk mengubah laporannya.

5) sumpah yg dibuat oleh saiful sehari sblm penamaan calon, ini jelas menunjukkan ada unsur politik dlm kes ini....

berikut adalah kenyataan anwar, Tuan guru Hadi awang serta Ustad Harun din....

Jangan Mempermainkan agama - Anwar Ibrahim

Apakah wajar kita tunduk kepada perancangan segelintir komplot polis dan tokoh politik UMNO dan mempermainkan al-Quran dan agama?

Apakah isu ini selesai dengan bersumpah? Bukankan agama menetapkan beban pertuduhan pada yang membuat fitnah?

Perkara ini telah dirujuk ka Mahkamah Syariah menurut kaedah Islam. Sumpah diteruskan setelah doktor dan bukti alibi menolak samasekali kemungkinan ianya berlaku. Dalam masa yang sama, Saiful masih dalam kawalan polis!

Percanggahannya banyak sekali: Isunya samada rela atau dipaksa? Penglibatan Dato Najib, Rosmah, Polis tidak dijawab! Semua kenyataan dan tindakan dilakukan bersesuaian dengan strategi politik UMNO dan pilihan raya kecil.

Pada tahun 1998 Sukma dan Munawar juga bersumpah dimahkamah tetapi menarik kembali sejurus 3 bulan sesudah itu. Sebagai Muslim, saya rujuk ka Mahkamah Syariah dan biar mereka menentukan langkah selanjutnya.

ANWAR IBRAHIM


Mengapa disaat Pilihanraya kecil - Ustad Harun Din

IPOH: 16 Ogos (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din mempersoalkan sumpah yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan di Masjid Wilayah Persekutuan semalam yang dibuat di hadapan seorang imam kerana sebagai orang yang mendakwa ianya diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saiful sepatutnya mengemukakan empat orang saksi bagi mensabitkan perbuatan itu, bukannya bersumpah di dalam masjid.
"Kemukakan empat orang saksi di Mahkamah Syariah, jika tidak dapat mengemukakan empat saksi, dakwaannya itu tidak benar dan ia wajar dihukum 80 kali rotan, bukannya bersumpah di dalam masjid."

"Saya dengar lafaz sumpahnya tadi apabila menonton televisyen berita jam 8.00 malam, akhir sumpah itu disebut " Watangallahhu', mana ada `watangallahu', inilah Islam Hadhari" jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sumpah yang dilakukan oleh Saiful di dalam Masjid Wilayah Persekutuan semalam di majlis foram perdana sempena Muktamar PAS kali ke 54 di perkarangan Stadium Indera Mulia, malam tadi.

Kira kira lebih 5,000 membanjiri perkarangan Stadium Indera Mulia untuk menyaksikan foram perdana yang dibarisi tiga ahli panel, Datuk Dr. Harun Din, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ahli Parlimnen Baling, Ustaz Taib Azamuddin. Forum perdana tersebut dipengerusikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perak, Misbahul Munir Masduki.

"Persoalannya kenapa di saat hari percalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh baru Saiful buat sumpah, kenapa tidak dahulu lagi?

"Apabila ianya dilakukan pada saat hari pencalonan pilihanraya kecil Permatang Pauh, ianya dilihat sesuatu yang `ada yang tidak kena', agar sukar untuk kita katakan ianya tidak ada konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan karier politik orang yang dituduh (Anwar Ibrahim), katanya.

Beliau kesal dengan apa yang berlaku pada hari ini apabila keaiban seseorang itu didedahkan kepada umum, sepatutnya perkara ini tidak berlaku.

"Bawa kes ini ke Mahkamah Syariah, kemukakan empat orang saksi, bukannya menghebahkan ke serata dunia dengan membuat sumpah di masjid."

Menurut beliau orang yang kena tuduh, ia boleh mengemukakan hujahnya melalui peguam di Mahkamah Syariah, umpamanya sebagai contoh tarikh kejadian itu berlaku tidak betul, atau pun bangunan tempat kejadian itu belum wujud lagi.

Selepas itu, kalau yang dituduh itu tidak mampu mengemukakan bukti menyanggah dakwaan itu, barulah yang kena tuduh itu boleh membuat sumpah di hadapan hakim di Mahkamah Syariah, bukannya yang menuduh buat sumpah dalam masjid, jelasnya.

Beliau mengambil contoh apa yang berlaku terhadap isteri Nabi Muhamad S.A.W, Saidatina Aisyah dituduh melakukan hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Safuan, apabila tersebarnya berita itu di Madinah.

Selama 30 hari Nabi Muhamad tertekan dengan tersebarnmya berita itu, sehingga hampir Nabi Muhammad menceraikan Aisyah sehinggalah Malaikat Jibil turun membawa Wahyu Allah bahawa Aisyah itu bersih dari tuduhan.

"Nabi Muhamad S.A.W tidak pula Aisyah bersumpah atau meminta Safuan bersumpah," katanya.



Sumpah Saiful Tindakan Bodoh - Tuan Guru Hadi Awang

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menganggap tindakan bersumpah yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi mempertahankan kebenaran dirinya terhadap kes liwat membabitkan Ketua Umum KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah suatu kebodohan.

Menurutnya, lebih malang lagi ia melibatkan mereka yang terdiri daripada kalangan cerdik pandai agama.

“Ianya suatu kebodohan dan lebih malang lagi melibatkan golongan yang memakai jenama Islam,” katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-54 hari ini.

Jelasnya, kes tersebut adalah dikategorikan sebagai kes yang menyamai kes zina.

Menurut beliau, merujuk kepada artikel 121 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan, kes liwat yang dikiaskan kepada hukuman zina perlu diadili di mahkamah syariah.

Sumpah yang diucapkan oleh Saiful juga, ujar beliau hanya boleh dilakukan oleh isteri atau suami yang menuduh pasangan mereka melakukan zina.

Hukum yang disebut sebagai li’an dalam perundangan Islam ini, jelasnya tidak boleh dilakukan oleh orang yang tidak mempunyai hubungan perkahwinan seperti dalam kes liwat Saiful.

Ustaz Abdul Hadi turut menyifatkan kes liwat ini sebagai berunsur politik.

“Kita lihat, bagaimana Saiful Bukhari mengangkat sumpah sehari sebelum Anwar dinamakan sebagai calon.

“Maka tidak syak lagi ia sememangnya bermotifkan politik kotor dan tidak bermoral,” tegasnya.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Anwar tidak bersalah.

“Bahkan, badan kehakiman membenarkan beliau bertanding di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

“Kita masih tetap menyokong Anwar dan menyatakan bahawa (beliau) tidak bersalah,” katanya lagi.

Ditanya mengenai keperluan Anwar untuk bersumpah sepertimana yang dilakukan Saiful, beliau berpandangan ianya tidak wajar.

Ketika ditanya kemungkinan kes ini akan memberi kesan negatif kepada pengundi, Ustaz Hadi menegaskan ianya tidak mungkin.

“Saya tidak merasakan begitu, bahkan kemungkinan sokongan terhadap beliau bertambah itu ada,” ujarnya lagi.

Mengulas isu yang sama, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Dato’ Mohd Daud Iraqi berkata pertuduhan liwat memerlukan empat orang saksi yang adil.

“Sekiranya terbukti berlaku pembohongan maka kesaksian individu tersebut sudah tidak dapat digunakan sampai bila-bila,” katanya.

Jelas beliau, bukan sebarang kenyataan dapat dibuat oleh saksi yang mahu membuktikan kes liwat ini.

Sumpah menggunakan kitab suci ini juga menurutnya menyerupai amalan golongan kristian.-


No comments: