Sunday, June 29, 2008

HAPPY BIRTHDAY NURUL AFRINA


hari ni 29 June 2008 genap setahun anak sulung ku Nurul Afrina. thn lepas pada 29/6/2007 ketika waktu ini (2.00 am) aku sedang menemani isteriku di labor room bagi menanti saat kelahiran nurul afrina.. alhamdulillah genap setahun afrina makin agresif dan kini bergelar kakak. memandangkan ibu afrina masih dlm pantang majlis sambutan harijadi akan dibuat secara kecilan di rumah mentua aku di rinching...aku hanya menjemput saudara & kenalan di kawasan berhampiran jer, kerana InsyaAllah 12/7/2008 nanti aku & kakakku akan membuat majlis aqiqah bersama aqil qayyum & shafiqah insyirah di kajang. jadi aku rasa kali nie majlis afrina biarlah kecilan janji ada kenangan diusia setahun.

Tuesday, June 24, 2008

khabar dari tasmania



semalam dlm kesibukan aku sempat online ym, secara kebetulan sepupu aku Nana yg kini belajar medik di Tasmania juga online. sempat bertanya khabar serta upload gambar dia disana. Semoga Nana success dlm pelajaran dan pulang dari tasmania dengan gelaran DR. IZZAH FARHANAH. bersama ini saya sertakan beberapa gambar nana disana supaya menjadi inspirasi untuk yg lain dapat mencontohi nana berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara.

Thursday, June 12, 2008

Wednesday, June 11, 2008

Gambar anak2ku

AQIL QAYYUM DI USIA 2JAM

NURUL AFRINA DI USIA 11 BULAN




Tuesday, June 10, 2008

Euro 2008

Kini Euro 2008 sudah berada di peringkat separuh akhir. pasukan jangkaanku Portugal telah rebah diperingkat suku akhir. dan kini aku menjadi pemerhati bebas yg mengharap turkey dinobatkan sebagai juara. anyway sepanjang kejohanan setakat ini aku hanya dpt tonton perlawanan antara portugal & chech saja.. yg lain aku tak mampu berjaga akibat kesibukan kerja yg membuat aku tak larat nak berjaga. anyway separuh akhir nnt akn akn cuba berjaga exp. perlawan germany vs turkey.....

Thursday, June 5, 2008

RAKYAT DIBEBANKAN DENGAN KENAIKAN KETERLALUAN - ANWAR IBRAHIM

Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.

Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor kemana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!

Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!

Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.

Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan UMNO-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan UMNO-BN seharusnya berundur!

Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Aduhai Harga Minyak.....

gambar menunjukkan situasi di stesen minyak mlm tadi sehingga ada yg isi dlm plastik

semalam dlm kul 5.30 ptg aku dpt msg dr azman yg mengatakan minyak akan naik sebanyak 78sen.. wowww, tingginya.. lps dpt kepastiana dr website malaysiakini, aku terus gi stesen minyak tuk isi minyak, tp kat stesen minyak dah Q hampir 100 meter.... aku tak sanggup tunggu Q panjang, aku balik tolong pak mentuaku dengan harapan bole isi mlm karang bila keadaan reda di stesen.. tp sangkaan aku meleset... keadaan semua stesen minyak terlalu sesak sampai jem teruk... alamatnya peluang aku nak isi minyak tak dpt kos memang sesak sgt.nasib baik semalamnya aku isi penuh.. tapie kalau mlm nie aku boleh isi lebih kurang 20liter lg, maknanya aku dpt save sebanyak rm16.60. aduhai pengumuman ini mmg buat suasana kat jalan raya huru hara expecially berhampiran semua stesen minyak... pada aku kenaikan ini amat melampau memandangkan negara kita adalah pengeluar minyak... lainlah klu kita pengimport minyak, bolehlah naik ikut pasaran semasa. harapnya negara dpt bertukar pemimpin, tp bukan tukar dari pak lah kpd najib, alamatnya seolah keluar mulut buaya masuk mulut naga... biarlah bertukar kepada pemimpin yg prihatin terhadap masalah rakyat.....suasana di stesen minyak mlm td melambangkan situasi sebenar majoriti rakyat yg desperade sanggup tunggu berjam hanya kerana tak sanggup membayar harga tinggi...

Tuesday, June 3, 2008

Home Alone

hari ni dlm sibuk, aku sempat gi melawat Inata kat kelana jaya. sebelum pegi aku singgah pasar beli ikan haruan & ayam kampung yg mak pesan untuk ina.. sambil tu aku beli untuk farah sekali. mahalnya harga ayam kampung.. sekor RM 20... nampaknya mmg makin lama makin melampau living cost kat malaysia niee.. tp apa nak buat dah tak ada pilihan beli 2kg ikan haruan (5 ekor) ngan 2 ekor ayam kampung dah habis rm 70.... sblm aku gi kj, aku singgah rinching tuk htr ayam&ikan td.. aku bawak afrina gi tgk ina kat kj, bapuka&amai (kesuma) ikut sekali. balik lps htr afrina&bapuka, aku gi tolong bapa mentuaku jual nasi lemak.. maklumlah mak mentuaku jaga farah, so sebagai menghargai mereka jaga isteriku aku tolong mereka. hbs tolong dlm kul 9.30mlm aku blk dan keseorangan dirumah... dlm boring tu, aku susah nak tido, so apa lg bukak internet, tulis blog, baca mail dan perkembangan politik semasa ler.. nak tido lom mengantuk... maklumlah bini dan anak tak bersama, so lmbatlah nak tido....

Monday, June 2, 2008

2008 = Tahun tambah zuriat??

tahun ni hampir semua kawan seangkatanku yg sudah kawin mendapat anak, ramai saudaraku juga mendapat anak... disamping aku serta kakakku.. oleh itu sesuailah kiranya aku gelar thn ni adalah tahun menambah zuriat... anyway bagiku setelah dua thn berturut aku dpt anak lps nie aku akan pastikan kami berehat.. mmg lps Afrina cadang nak gap ... tapieeeee tak ku dapat menahan suratan takdir.. anyway kehadiran Aqil Qayyum amat ku syukuri... Alhamdulillah... lepas nie aku bertekad untuk berehat.. akan ku pastikan pelan perancangan keluarga berhasil... bukan tak nak anak lagieee.. tapieee rehat dulu.. nnt bila dah puas berehat, buat lain lak.. itupun kalau ada rezeki..... InsyaAllah

2 cucu dalam masa seminggu



hari ini ibu & dan bapaku mendapat cucu lagi setelah selasa lepas anakku lahir. dalam masa seminggu mereka mendapat 2 cucu menjadikan setakat ini mereka mempunyai 8 cucu...

Tahniah Sarinah & Mohka...

alhamdulillah kakakku sarinah selamat melahirkan baby girl seberat 2.85kg kul 13.35 tadi di Kelana Jaya medical centre.. Semoga ibu & baby sihat sejahtera...

Sunday, June 1, 2008

AQIL QAYYUM

Alhamdulillah, setelah berbincang dengan isteri, putera kami namakan dengan nama Aqil Qayyum. Maksud nama ini adalah Aqil - terpelajar, Qayyum - Abadi / kekal. Aqil Qayyum - kebijaksanaan Abadi. nama ini juga telah dipersetujui oleh semua ahli keluarga kami. InsyaAllah esok saya akan ke jabatan pendaftaran untuk mendaftar kelahiran dan membuat surat beranak serta mykid.