Saturday, January 24, 2009

penumpang yang tak diundang

Petang tadi satu pengalaman yg mungkin kami sekeluarga tak akan lupakan.Sewaktu kami sekeluarga nak keluar ke rumah kakak ku di Kelana Jaya,Farah seperti biasa memastikan anak2 nya masuk dalam kereta dulu, tanpa kami sangka anjing jiran depan rumah datang menuju kearah Farah lalu menyondol kaki Farah..Farah yang ketika itu sedang mendukung Afrina.Farah ketakutan lalu lari ketepi...tanpa disangka-sangkakan anjing tersebut tanpa segan silu masuk ke dalam kereta.Aku yang pada masa itu sedang duduk ditempat driver terkejut anjing menjadi penumpangku.Dengan tindakan luar biasa, aku telah menumbuk muka anjing tersebut tapi anjing tue masih enggan keluar...bapak mertuaku datang menyelamatkan keadaan dengan menarik keluar anjing tersebut.Apa lagi kami pun terpaksalah menyamak satu kereta.Tertangguhlah seketika perjalan kami.Alhamdulillah Afrina tak trauma teruk walaupun pada awalnya dia menjerit ketika kejadian dan dia enggan masuk kedalam kereta selepas kejadian...selepas dipujuk dan Afrina pun mahu duduk dihadapan.Setelah seketika keadaan Afrina menjadi seperti biasa.Moral of story...berhati-hati dengan anjing jiran anda serta berhati-hati ketika menaiki kereta.Kepada para pemandu, sebelum memandu, pandanglah belakang untuk memastikan tiada anjing dibelakang...he..he...he...

1 comment:

mohd razali said...

wooo citer yang menyeramkan... huhuh apa pun syukur takde apa apa yang buruk berlaku...