Tuesday, July 29, 2008

Sekitar Majlis Hantar Tanda Yahya & Aliyah

















Ahad lepas diadakan majlis merisik serta hantar tanda adikku yahya yg terpikat dgn gadis alor staq. semalamnya slps htr juju, kami sekeluarga terus ke perlis menginap di rumah rozita. ahad pagi sebelum berlepas ke alor star, kami pegi ke padang besar. antara yg ikut serta selain keluarga kami, osmanlapa & family, amai cheras & ali elapa. Dlm perbincangan, dijangka majlis nikah & kenduri kahwin akan diadakan thn dpn bln june. tarikh akn dibincangkan kemudian.

Juju Kini di UNISEL



Hari sabtu lepas (26/7/08) aku dan keluarga menghantar juju melanjutkan pelajaran di Unisel Bestari Jaya. Juju mengambil jurusan Diploma megatronik. sebelum ni beliau belajar di tingkan 6. Selamat berjaya buat juju. Semoga success dlm pelajaran

Monday, July 21, 2008

sekitar gambar majlis aqiqah Aqil Qayyum & Shafiqah Inshirah


Qayyum


Inshirah






Tahniah Halim



Alhamdulillah seorang lagi sepupuku yg melanjutkan pelajaran di Morocco telah tamat pengajian disana. Tahniah buat Halim. banyak dugaan ditempuhi halim semasa tempoh pengajian beliau disana. Beliau tidak dapat menghadiri pengkebumian arwah Ayahnya kerana berada jauh di morocco. kini halim sudah graduate dan bakal pulang ke Malaysia dalam pertengahan bulan Ogos. khabarnya beliau bakal mengerjakan Umrah sebelum pulang. Didoakan supaya Halim berjaya....

Keluarga Arwah Khairul Kaka


Hari Jumaat lepas aku bersama mak & keluarga ke rumah sepupuku baby kaka sempena kehadiran Isteri Arwah Dr. Khairul ke Malaysia. Kak Zeti adalah isteri arwah serta 2 anaknya Sarah Nabila & Aishah Nabila. Kini kak zeti sudah berkahwin dgn org Canada dan menetap disana. hasil perkahwinan mereka dikurniakan lagi 2 org anak. kak zeti & keluarga akan pulang ke Canada 8 Ogos ini.

Wednesday, July 16, 2008

Anwar Ibrahim Di Tahan Polis...

Kul 1 pm td aku dpt msg mengatakan anwar ditahan polis. dia di tahan ketika hendak ke ipk setelah semalam polis memberi notis untuknya ke ipk sebelum kul 2 pm... yg peliknya bagaimana polis boleh menahannya kul 12.55 pm w'pun setelah anwar bersedia ke ipk. aduhai malangnya negaraku yg mempunyai polis yg tidak profesional....


Anwar Ibrahim ditahan
Jul 16, 08 1:15pm
Polis menahan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut dan dibawa ke ibupejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.Beliau ditahan kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.
Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak bertamaddun kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.
Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.
Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut

Monday, July 14, 2008

TERIMA KASIH

Saya serta Monka & keluarga merakamkan ucapan berbanyak terima kasih di atas kehadiran saudara mara serta kawan-kawan ke majlis Aqiqah & doa selamat anak saya Aqil Qayyum & anak Monka Shafiqah Inshirah. Terima kasih diatas hadiah serta pemberian anda. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. kami juga tak menjangka kehadiran ramai, sehingga ada yg tak dpt lauk seperti kambing & ayam goreng. Kami meminta maaf diatas segala kekurangan pada majlis tersebut. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih diatas kehadiran serta Doa semua. Semoga Allah swt memberkati majlis ini...

Monday, July 7, 2008

Himpunan Protes Kenaikan Harga Minyak



Semalam masa nak ambil mak aku kat kelana jaya, aku pegi kat stadium kelana jaya untuk sertai himpunan bantah minyak. mula2 tak ramai, tapie lps magrib makin ramai, padang di stadium 3/4 penuh.. bermakna dalam 30-40 ribu org yg dtg. penceramah utama adalah Ds Anwar Ibrahim. habis ucapan anwar, aku terus blk, nasib baik aku parking kat kondo kakak aku, so terlepas jem dan jalan kaki hanya lebih kurang 500 meter.

Friday, July 4, 2008

Jemputan Majlis Aqiqah Aqil Qayyum & Shafiqah Inshirah

Assalamualaikum semua saudara & kengkawan yg mengenaliku, saya serta abang ipar (Monka) serta seluruh ahli keluarga kami dengan sukacitanya menjemput tuan-tuan&puan-puan seisi keluarga ke majlis Aqiqah anak saya Aqil Qayyum serta anak kakak (sarinah) Shafiqah Inshirah :-

Pada : 12 Julai 2008 bersamaan 9 Rejab 1429 (sabtu)
Tempat : 328, jalan jasmin 10, taman jasmin kajang.
Masa : 5.30 petang serta berakhir selepas maghrib.

Semua di jemput hadir.

Situasi Politik Semasa

Nampaknyer suasana politik kian hangat dengan pelbagai tuduhan antara pemimpin.. minggu lepas kita dikejutkan dengan laporan polis bekas sukarelawan di pejabat anwar ibrahim yg kononnya beliau diliwat oleh anwar... semalam pula anwar bersama seorang penyisat razak baginda membuat pengakuan bersumpah bahawa najib mengenali serta terlibat dlm kes pembunuhan Altantuya.dan dlm akuan itu juga mengatakan bahawa altantuya sering menggangu najib&razak baginda kerana ingin meminta wang komisyen sebanyak usd 500ribu diatas pertolongannya dlm pembelian submarine... Wow makin hangat situasi politik... anyway tuduhan liwat terhadap anwar terbukti tidak kuat, memandangkan hingga ketika ini anwar tidak dipanggil untuk disiasat serta salinan laporan polis terhadap anwar juga tidak diberikan kepada peguam.nampaknya ada pihak yg kini sedang berusaha mendapatkan bukti selain menunggu anwar mengemukakan alibi.. tetapi kini pengalaman masa lampau telah menyebabkan anwar menuggu tuduhan dulu sebelum mengemukakan alibi.. kes 10 thn dulu jelas dimana setelah alibi dikeluarkan oleh anwar, pihak pendakwa yg diketuai oleh ghani patail meminda pertuduhan tersebut.apakah situasi 10 thn dulu akn berulang keatas anwar?? tapi 10 thn dulu mahathir adalah pm, kini pak lah pm... so kita tunggu episod seterusnya

Gambar Majlis Hari Jadi Nurul Afrina