Thursday, April 30, 2009

Happy Birtday Irfan




Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada anak buahku Shafi Irfan Shafileen... Semoga sentiasa berbahagia disisi keluarga & selalu success dlm pelajaran

Percutian di Langkawi

Minggu Lepas kami sekeluarga bercuti di Langkawi.. turut serta dlm percutian ini adalah mentuaku. di sini saya paparkan beberapa gambar kenangan kami disana.

bermain ngan arnab








ketika boat menyunsur laju


dalam cable car

ketika baru mendarat di langkawi

boat team ketika island hoping

anak beranak bercanda dipasiran pantai

di pulau beras basah

uik gelinya kaki kena sondol ikan keli

wah berebut ikan keli main main ngan kaki

farah berehat sambil berteman monyet

di pulau dayang bunting

aisey gmbr afrina tak masuk


rusa yg jinak







apa yg afrina ckp ngan arnab tuu...

Friday, April 10, 2009

Happy Birthday Tata


Kami sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi buat kakak sulungku Sharifah Tata. Semoga panjang umur, murah rezeki & sentiasa berbahagia di sisi keluarga...

Dari :-

Ibrahim
Farah
Afrina
Qayyum

Wednesday, April 8, 2009

Pakatan Rakyat Menang


PR DAPAT 2 BUKIT, BN DAPAT 1 BATANG

Alhamdulillah semalam prk di 3 tmpt berkesudahan dengan kemenangan 2-1 oleh PR..
komenku..
  1. walaupun umno bn bertukar pemimpin, rakyat tetap menolak... malah satu keanehan juga berlaku dlm sejarah malaysia apabila sblm ini setiap pm yg baru akan mendapat sokongan yg tinggi, tapi malang bg najib w'pun baru tapi kredibilitinya sentiasa dipertikai....
  2. umno menggunakan tun mahathir yg kununnya ada ramai penyokong, tp terbukti beliau sudah tidak relevan... dan diharap diusia melebihi 80an beliau perlu bnyk berehat dan bersama cucu......
  3. media seprti tv3 dan utusan langsung tiada etika.. malah ramai sudah meluat...
  4. sokongan golongan muda amat terserlah kepada pr yg diketuai oleh Anwar Ibrahim
  5. tetapi PKR tidak mendapat tempat dikalangan penduduk pendalaman sarawak, mungkin org sarawak belum terdedah dngn situasi politik semasa...
  6. w'pun bn telah merampas kerajaan perak dngn cara tidak mengikut perlembagaan, rakyat perak tetap menolak bn malah majoriti Pas meningkat membuktikan referendum terhadap penolakan rampasan kuasa di perak...
  7. w'pun ada 15 calon di bkt selambau, majoriti PKR bertambah membuktikan sokongan rakyat terhadap PR meningkat....

Petikan dari malaysiakini....


dikemaskini analisis Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan rakyat terus-menerus menolak BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.BN yang melontarkan slogan "mohon restu rakyat, pilih Barisan Nasional" dengan gambar besar Najib dan barisan pemimpinnya jelas gagal mendapatkan restu tersebut - sama ada terhadap beliau sendiri atau menteri besar BN yang baru, Datuk Zambry Abd Kadir.Seperti dihasratkan oleh Pakatan, ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas. Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.Ia juga membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi. Kini bukan sahaja beliau, malah seluruh Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.Kepemimpinan PAS dilihat tepat membaca politik apabila memilih ADUN Pasir Panjang itu sebagai calonnya di saat-saat akhir untuk memanfaatkan suasana tidak menentu di negeri itu.Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.Malah, dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu atas kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi. Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi - kali pertama parti itu menawan kubu BN berkenaan.Sementara calon PKR S Manikumar (foto, kanan sekali) yang mengekalkan kemenangan bekas wakil rakyatnya V Arumugam menunjukkan calon muka baru tidak menjadi isu kepada pengundi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Walaupun PKR berdepan dengan krisis kecil susulan pemilihan mengejut Manikumar, yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan Kedah, tetapi sokongan pengundi di DUN Selambau tetap tidak berubah.Ahli perniagaan di awal 30-an itu menang dengan majoriti 2,403 undi dengan meraih 12,632 undi. Manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,229 undi. Arumugam, waktu itu calon bebas, meraih 2,362 undi.Daripada lima pilihanraya kecil dalam tempoh sembilan bulan sejak Ogos lalu, Pakatan menang empat kerusi dengan majoriti yang semakin besar, termasuk merampas Kuala Terengganu, Januari lepas - gejala yang menunjukkan BN semakin hilang cengkaman di peringkat akar umbi masyarakat.Bagaimanapun ia masih berkuku di Batang Ai apabila calonnya Malcolm Mussen Lamoh berjaya menggandakan majoritinya kepada 1,854 undi daripada 806 yang diraih pada pilihanraya Sarawak, 2006. Kegagalan PKR menggugat BN, setidak-tidaknya menurunkan majoriti parti itu, membayangkan parti pembangkang itu harus bekerja lebih keras bagi menghadapi pilihanraya negeri yang bakal diadakan selewat-lewatnya pada 2011.Ia juga boleh mengendurkan keghairahan penasihat PKR untuk melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur seperti sering diuar-uarkan setelah menggondol keyakinan baru selepas keputusan luar biasa 8 Mac tahun lalu.Tiga pilihanraya kecil serentak ini dengan jelas mempertahankan status quo - menajamkan lagi persaingan politik antara Pakatan dengan BN, dengan satu perbezaan iaitu Najib pula menggalas beban Tun Abdullah Ahmad Badawi. Bekas presiden Umno dan perdana menteri itu dipaksa berundur awal dengan alasan beliau punca utama kemerosotan BN pada pilihanraya ke-12. Bagaimanapun keputusan di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai hari ini tidak menunjukkan Najib boleh memperbaiki kelemahan Abdullah dengan segera kecuali harus terus melaksanakan janji reformasi seperti formula kemenangan BN pada 2004. Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan. Nada yang sama - membubarkan DUN untuk mendapatkan mandat baru rakyat Perak - turut disuarakan oleh tokoh DAP Lim Kit Siang dan Anwar malam ini. Lim, juga ahli parlimen Ipoh Timur, malah menyifatkan keputusan itu sebagai tanda rakyat hilang kepercayaan kepada Najib dan menggesa sidang tergempar Dewan Rakyat untuk menguji sokongan terhadapnya.Sambil menyifatkan rahsia kemenangan Pakatan Rakyat pada kerjasama erat tiga parti pembangkang, Anwar memberitahu Malaysiakini malam ini, bahawa keputusan itu membayangkan semua kaum tetap mahu menuntut perubahan walaupun Najib telah menggantikan Abdullah. Timbalan presiden Umno yang memikul jentera kempen BN kali ini menafikan kegagalannya sebagai "pungutan suara" terhadap Najib. Tan Sri Muhyiddin Yassin malah berkata rakyat belum "menyerap" perubahan pucuk kepimpinan negara dan Umno kerana ia masih terlalu baru. Selain menafikan keputusan di Bukit Gantang sebagai tanda penolakan terhadap rampasan kuasa BN di Perak, beliau juga menolak tanggapan bahawa kehadiran Dr Mahathir membawa kesan "negatif" kepada calon parti itu.

Wednesday, April 1, 2009

Happy Birthday Sarinah

Kat sini kami sekeluarga nak wish Happy Birthday buat kakakku Sarinah (30/3/09).. semoga panjang umo, murah rezeki, berbahagia disamping keluarga dan sentiasa diredhaiNya.. Amin

From :

Baim the great
Farah
Afrina
Qayyum