Saturday, September 27, 2008

SALAM AIDILFITRI....


Assalamualaikum, kat sini saya dan keluarga ingin mengucapkam Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua saudara mara & rakan-rakan. Kami juga memohon ampun maaf diatas segala kesilapan & kesalahan kami. tahun ni kami akan beraya pagi di kajang bersama keluarga, slps itu bersama keluarga bapa kat cheras, tgh hari keluarga mak kat sg buloh dan ptg pula kami akn berangkat ke ipoh untuk beraya bersama keluarga mentua disana... Kami juga bakal mengadakan rumah terbuka, tapi tarikhnya tak dpt ditentukan lagi kerana terdpt pertindihan dgn majlis lain... raya thn ini juga adalah Raya pertama buat anak kami Aqil Qayyum... buat semua semoga bahagia di hari lebaran...

" SALAM AIDILFITRI"
'MAAF ZAHIR BATIN'


Dari,

Mohamed Ibrahim
Farah Azlin
Nurul Afrina
Aqil Qayyum

Wednesday, September 3, 2008

Monday, September 1, 2008

Salam Ramadhan Al-Mubarrak


Assalamualaikum, disini saya nak ucapkan selamat menyambut ibadah puasa. Semoga di bulan yg penuh rahmath & barkah ini kita dpt meningkatkan ibadah kita serta mengambil peluang pada ramadhan ini. Semoga Ramdhan ini akan kita perolehi keredhaanNya.. Amin....

Bajet 2009

Belanjawan 2009 Ibarat Gula-Gula Getah

Belanjawan yang dibentangkan 29 Ogos lepas nyata belanjawan ‘menawan semula hati rakyat’ pasca 8 Mac dan 26 Ogos 2008. Justeru mudah saya simpulkan, ia belanjawan yang ‘dijangka tetapi mengecewakan’.

Malaysia mencatat rekod sebagai satu-satunya negara pengeluar minyak yang berterusan mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun berterusan.

Ia memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil. Apatah lagi kali ini ia terus mencatatkan belanjawan tertinggi yakni RM 209.7 bilion.

Apa yang menjadi kebimbangan adakah kerajaan benar-benar berupaya mengawal perbelanjaannya. Tahun lepas kerajaan juga mencatatkan belanjawan yang besar iaitu RM 176.9 bilion, akan tetapi berdasarkan jumlah terkini, belanjawan yang lepas sudahpun melebihi sebanyak RM 20.3 bilion, menjadikan jumlahnya yang sebenar RM 197.2 bilion.

Selain itu kita melihat perbelanjaan pengurusan meningkat sekitar 20%, peningkatan dari RM 128.8 bilion kepada RM 154.2 bilion. Ini bercanggah dengan komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal.

Sangat mengecewakan tidak ada sebarang usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang digariskan di dalam belanjawan kali ini.

Sebaliknya hanya imbuhan buat rakyat terbanyak ibarat ‘gula-gula getah’, manisnya sekadar bersifat sementara. Tidak ada penyelesaian komprehensif untuk mewujudkan mekanisme kawalan jangka panjang ke atas masalah-masalah pokok seperti pembasmian rasuah serta penyelewengan wang rakyat atas nama ‘pembangunan’.

Pencegahan jenayah yang kian membungkam seolah-olah tidak menjadi fokus kerajaan Umno-BN berbanding meraih populariti yang kian hilang.

RM 35 bilion yang diperuntukkan untuk peningkatan kecekapan pengangkutan awam sebermula tahun 2009 hingga 2014 juga mendatangkan persoalan. Andai peruntukan sebanyak RM 4.4 bilion di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengangkutan Awam yang diumum hasil kenaikan harga minyak sebanyak 30 sen pada April 2006 masih tidak menampakkan apa-apa impak positif, ke mana pula bakal ‘perginya’ RM 35 bilion itu?

MRR2 terus retak, komuter dan LRT terus semak, jalanraya terus sesak, Kontrak-kontrak bertambah banyak, kroni terus membiak, masalah tidak luak, rakyat semakin jelak!

Apa lagi yang boleh kita harapkan hasil gula-gula sementara ini?

ANWAR IBRAHIM

Selamat Pulang Mak


hari khamis lepas mak yg menyertai umrah bersama kumpulan unilly selamat pulang pg pukul 4 pagi. Alhamdulillh semuanya sihat dan mak dilihat sgt gembira menceritakan pengalamannya disana. nnt saya akn upload gambar mak disana apabila saya dpt soft copy dari penganjur.....