Tuesday, May 27, 2008

Cahaya Mata ke 2


Alhamdulillah hari ni Selasa, 27 Mei 2008 bersamaan 21 Jamadil Awal Farah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.73kg pada pukul 3.43am di hospital Putrajaya. Tepat pukul 4pm tadi farah dah di discaj.. dan kini sedang berpantang di rumah mentuaku di Rinching.

Monday, May 26, 2008

Jemputan Umrah keluarga Unilly


sdr abd rahim selaku penganjur ingin menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai ibadah umrah pada 16 ogos ini.
anggaran kos ialah lebih kurang RM5000.00
kepada sesiapa yang berminat diminta sms kan nama dan no ic / pasport ke no sdr rahim 012-5063369
beliau juga berharap agar warga unilly dapat bersama sama menyertai program ini sambil meminta agar mewar-warkan kepada seluruh warga unilly yang lain!

Pulau Terlepas, Batu terhempap, Putih mata akhirnya


Komenku Kegagalan kita memiliki hak ke atas Pulau Batu Putih adalah disebabkan kelalaian barisan peguam yg diketuai oleh Ghani Patail yg dilihat tidak bersungguh dalam mematahkan hujah barisan peguam yg mewakili singgapura....


Keputusan ICJ terpaksa diterima rakyat Malaysia dengan rasa amat sugul, pahit bagaikan menelan empedu. Hanya kita terkilan dengan keputusan hakim 12 berbanding 4, yang mengukuh hujah Singapura ke atas Pulau Batu Putih. Penghujahan pihak Kerajaan Malaysia ternyata lemah dan dangkal.

Meneliti keterangan penghakiman, Kerajaan Malaysia lebih berjaya mengemukakan alasan dari sudut sejarah, tetapi penghujahan undang-undang hambar!

Pasukan Malaysia diketuai Tan Sri Gani Patail Peguam Negara yang dikenali licik mengikut arahan penguasa politik tetapi tidak pernah terserlah selaku pakar perundangan. Singapura diwakili Prof Tommy Koh, tersohor dengan penglibatannya dalam sidang Undang-undang laut dunia serta Prof Jayakumar, pakar undang-undang. Hanya ini yang kami masyghulkan. Apakah kepentingan negara tidak terkorban seandainya yang dimajukan untuk mempertahankan maruah ibi pertiwi adalah pakar handalan?

Kini penguasa dan media Umno bermadah, Pulau Batu Putih hanya sebesar setengah padang bola dan Batu Tengah (yang dianugerah kepada Malaysia) tenggelam di kala air pasang!

Rakyat harus melahirkan penyesalan dan bantahan di atas kecuaian dan bantahan ke atas Kerajaan Umno-BN dan Peguam Negara!

ANWAR IBRAHIM

Nurul Afrina


Alhamdulillah anakku Nurul Afrina sudah semakin membesar serta sudah mula berkata-kata walaupun ada beberapa ayat yg dituturkan mmg tak difahami.. yg penting sejak afrina 4 bln lg ia sudah pandai menyebut 'baba' & 'mam-mam'. ibunya pulak masih bertungkus mengajar dia menyebut perkataan 'ibu' tetapi setakat ini masih gagal... panggilan 'ibu' hanya dapat disebut 'abu' oleh afrina... aku hanya tersenyum melihat kesungguhan ibunya mengajar afrina menyebut 'ibu'. mana taknya tiap pagi bangun tidur afrina akn memanggil 'baba' buat ibunya cemburu.. hehehe

sibuk

hari ni sibuk sgt ngan keja, at the same time sempat jugak singgah rumah azman kat kesuma tuk htr org gaji disamping bawa wife gi check up. wife kini tunggu masa jer... so aku bakal menimang cahaya mata kedua bila-bila masa dari sekarang....

Sunday, May 25, 2008

Salam Permulaan Blog

Alhamdulillah akhirnya aku mempunyai blog sendiri.. setelah lebih 11thn dlm bidang it dan hampir setiap hari menatap komputer, akhirnya terdetik hati untuk berblog. tujuannya untuk maklum segala perkembangan, pendapat serta berkongsi gambarku serta keluarga...kepada saudara serta kengkawan yg mengenaliku dialu-alukan untuk beri komen dlm blog ni.. anyway saya org yg simple, jadi mmg kurang berminat nak hias blog nieee